Kanak-kanak bukan Islam teruja berkhatan

TAWAU – “Tidak takut, cuma sedikit ‘nervous’,” kata seorang kanak-kanak bukan Islam, Aiden Chong, 10. 

Menariknya, Aiden yang berketurunan Cina dan Nathan Cubelo, 10, berketurunan Filipina merupakan kanak-kanak bukan Islam daripada 118 kanak-kanak berdaftar yang mengikuti program Berkhatan Perdana Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu dan Parlimen Kalabakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di e-Desa Tanjung Batu Darat, pada Sabtu. 

Ibu Aiden, Marjomae, 30, berkata, mereka datang seawal 6.30 pagi dan anaknya itu kelihatan tenang, selesa selain teruja apabila dimaklumkan untuk dikhatankan demi kesihatan dan kebersihan diri. 

“Sebelum ini saya ada tanya kawan-kawan klinik sesuai untuk berkhatan sebab memang kepercayaan nenek moyang kami kalau anak lelaki perlu dikhatan. 

“Tapi saya dimaklumkan akan ada program di Tanjung Batu, dan saya hubungi ustaz sekiranya boleh ikut, beliau kata boleh dan saya terus daftar anak,” katanya semasa ditemui media, di sini, pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Shirley Cuvelo juga senada apabila berkhatan dipercayai bermanfaat untuk kesihatan selain bersih dan atas dorongan rakannya kemudian turut mendaftar anaknya, Nathan, pada program sama. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, program khatan perdana itu dianjurkan di tiga lokasi iaitu Tanjung Batu dengan 118 penyertaan serta masing-masing 80 penyertaan di Felda Umas dan Merotai. 

Katanya, program secara percuma kepada kanak-kanak ini adalah bagi memastikan kanak-kanak Islam menunaikan syariat Islam. 

“Ini juga sekali gus membantu golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan beban mereka kerana kita ada dengar keluhan kos berkhatan saban tahun semakin meningkat. 

“Oleh itu, melalui program ini, kita bantu dan meringankan golongan B40,” katanya. 

Jelas Andi yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri komited dalam meringankan beban rakyat. 

“Dalam minggu ini sahaja kita sudah lihat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sudah diagih dan begitu juga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah dimanfaatkan oleh penerima. 

“Inilah antara inisiatif yang dilakukan kerajaan hari ini membantu golongan ini khususnya ibu bapa,” ujarnya.

Related Posts

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Program MamaKerja menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM10 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan