Pengekstrakan gas beri manfaat kepada Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Pengekstrakan gas mampu memberi manfaat kepada Malaysia khususnya Sarawak.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, pengekstrakan gas mampu memberikan keuntungan dan meningkatkan pendapatan.

“Undang-undang sudah ada dan untuk yang tidak selari, kita akan cuba memperhalusinya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Penjajaran Semula Laluan 103 Bas Elektrik Metro di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Abdul Karim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengiktiraf Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menjadi agregator gas tunggal di Sarawak.

“Bukan untuk kita mengatakan Akta Pembangunan Petroleum Persekutuan (PDA) 1974 tidak terpakai lagi kerana ia masih boleh digunakan.

“Ia masih boleh digunakan tapi dalam kapasiti yang lain. Kalau berkenaan dengan gas, kita rujuk kepada Sarawak sebagai agregator supaya ia berfungsi.

“Kedua-dua akta iaitu Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO) dan PDA boleh bekerjasama atau digunakan dalam kapasiti sendiri,” jelas beliau lagi.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid