Filem Tumbukan Emas paparkan kisah atlet Sarawak

KUCHING –  Filem Tumbukan Emas terbitan Kamek Empun Production Sdn Bhd merupakan kisah luar biasa atlet Sarawak, Sapok Biki.

Sapok merupakan seorang wira yang memenangi pingat emas pada temasya Sukan Komanwel Kuala Lumpur pada 1998.

Sutradara filem Tumbukan Emas, Jalot Jeman berkata, filem ini merupakan inspirasi daripada kisah sebenar Sapok Biki.

“Latar belakang filem Tumbukan Emas memaparkan pada masa kini walaupun kisah sebenarnya era 1990-an,” kata Jalot.

Tambah Jalot, filem tersebut tidak terlalu fokus era masa tersebut selain memaparkan lokasi penggambaran yang memaparkan tempat menarik di Sarawak.

“Filem ini dijangka melakukan penggambaran pada bulan Ramadan dan ditayangkan pada 22 Julai 2025 sempena Hari Sarawak,” ujar Jalot.

Selain itu, Jalot turut menjelaskan keunikan filem Tumbukan Emas bukan hanya pada filem tetapi lagu OST yang dicipta oleh mereka sendiri.

Beliau berkata demikian ketika sidang media filem Tumbukan Emas di hotel terkemuka di Kuching pada Khamis.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan Sarawak sentiasa memberi sokongan penerbitan filem memaparkan tokoh atlet anak Sarawak.

“Saya menaruh harapan tinggi kepada mereka kerana filem ini dapat memberi semangat kepada anak Sarawak untuk terus maju dalam bidang sukan,” kata Karim

Tambah Karim, beliau turut mengucapkan syabas kepada sutradara filem Tumbukan Emas kerana ia merupakan karya seni anak Sarawak sekali gus mengembangkan bakat filem anak Sarawak.

Filem Tumbukan Emas turut menampilkan ‘cameo’ Sapok Biki sendiri pada babak akhir dan kebanyakan penglibatan filem tersebut hampir 99 peratus anak Sarawak.

Menariknya, pelakon yang popular seperti Azhan Rani, Namron dan Tony Eusoff turut menjadi barisan pelakon dalam filem Tumbukan Emas.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak