Mangsa banjir di Johor catat penurunan

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di negeri ini sedikit pulih apabila jumlah mangsa semakin berkurang kepada 1,097 orang membabitkan 329 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, angka itu sedikit menurun berbanding 1,860 orang daripada 537 keluarga petang semalam.

Menurut beliau, pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi juga berkurang kepada 12 buah PPS sahaja.

“Setakat pagi ini, Kluang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi daripada 410 mangsa pada petang semalam kepada 415 mangsa membabitkan 128 keluarga yang masih berada di tiga buah PPS.

“Pontian juga masih mencatat jumlah mangsa banjir kedua tertinggi seramai 354 mangsa (97 keluarga) di lima PPS yang masih beroperasi,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, Kota Tinggi yang sebelum ini paling terjejas semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 275 orang (88 keluarga) pada jam 8 pagi ini, berbanding 1,016 orang (289 keluarga) petang semalam.

Katanya, PPS di Kota Tinggi juga kini hanya tinggal tiga yang masih dibuka.

Menurut beliau, di Johor Bahru pula, masih kekal dengan 53 mangsa daripada 16 keluarga yang berada di sebuah PPS.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir di mana-mana daerah di negeri ini, namun terdapat amaran hujan berterusan tahap waspada di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang dijangka pada Jumaat hingga Ahad ini.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz