Sarawak peneraju utama pengeluaran ammonia melalui kerjasama Malaysia-Jepun

KUCHING – Sarawak bakal menjadi peneraju utama dalam pengeluaran ammonia melalui kerjasama Malaysia-Jepun.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif strategik ini bakal dimuktamadkan melalui memorandum persefahaman antara Malaysia dengan Jepun pada Mei ini.

“Sarawak memainkan peranan signifikan ini dalam kerjasama Malaysia-Jepun selaras visi Sarawak membangunkan tenaga hijau,” kata beliau.

Tambah beliau, Perdana Menteri Jepun meminta Sarawak bekerjasama untuk mengeluarkan ammonia yang akan menggunakan hidrogen sebagai bahan mentah.

Beliau berkata demikian ketika sesi Townhall Lapan Tahun Bersama Premier Sarawak 2025 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) pada Isnin.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif ini akan melibatkan kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Related Posts

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

SIBU – Pelajar di kawasan luar bandar, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diseru agar memaksimumkan peluang pendidikan tinggi yang semakin berkembang di Sarawak tanpa menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

SIBU – Isu kekurangan dan jurang kepakaran tenaga pengajar antara sekolah di Sarawak berpotensi ditangani menerusi penggunaan teknologi digital yang membolehkan guru berkemahiran khusus berkongsi kepakaran dengan pelajar di sekolah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Pelajar luar bandar diseru rebut peluang pendidikan tinggi

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

Sarawak teroka inisiatif digital atasi jurang guru pakar sains dan matematik

‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
‎Kestabilan penting pastikan agenda MA63 terus dijayakan – Mustapha

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Kane bantu Bayern belasah Union Berlin 7-0

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans