Kos baik pulih jalan rosak akibat banjir cecah RM101.5 juta

PUTRAJAYA – Kos pembaikan jalan rosak akibat banjir yang menjejaskan beberapa negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) mencecah RM101.57 juta.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia membabitkan kos RM45.37 juta bagi pembaikan di Semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak pula RM56.2 juta.

Beliau berkata, bagi Semenanjung, kos itu membabitkan kerja pembaikan jalan berkala pavemen sebanyak RM15.7 juta dan bukan pavemen (RM26.97 juta), jambatan (RM1.5 juta) serta lampu isyarat dan lampu jalan (RM1.2 juta).

“Di Sabah, jalan berkala pavemen (RM35.72 juta) dan bukan pavemen (RM9.78 juta), manakala di Sarawak, jalan berkala pavemen (RM6.55 juta) serta bukan pavemen (RM4.15 juta),” katanya kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 di kementeriannya, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu adalah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, dan Ketua Setiausaha Kementerian Kementerian, Datuk Seri Azman Ibrahim.

Alexander memaklumkan, pembaikan cerun runtuh di tiga negeri terjejas banjir, iaitu Kelantan, Perak dan Terengganu pula membabitkan kos RM41 juta.

“Secara keseluruhan, ada sembilan lokasi terkesan dan mengalami kerosakan akibat MTL, termasuk insiden cerun runtuh.

“Ia membabitkan masing-masing dua lokasi di Kelantan serta Terengganu dan lima lagi di Perak,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis hari ini, beliau berkata, KKR menetapkan sasaran untuk menurunkan angka projek sakit hingga ke tahap sifar, tahun ini.

“Meskipun secara nisbah puratanya, jumlah projek sakit adalah kecil berbanding projek siap, namun ini tidak bermakna kita boleh berpuas hati dan berasa bangga.

“Mungkin ada (pihak) yang kata mustahil sifar (projek sakit) tetapi kita mesti ada sasaran,” katanya.

Related Posts

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir 90 peratus kandungan diturunkan MCMC berkait scam, judi dalam talian

KANGAR – Scam dan judi dalam talian merangkumi hampir 90 peratus daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX