Titah Adendum: Kerajaan mohon perintah larangan bersuara

JABATAN Peguam Negara (AGC) sedang memohon perintah larangan bersuara (gag order) terhadap perbincangan awam mengenai Titah Adendum dalam rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu tahanan rumahnya.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan membuat permohonan lisan untuk perintah itu di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pagi ini.

Bagaimanapun, hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz kemudiannya memerintahkan Shamsul memfailkan permohonan bertulis rasmi selewat-lewatnya 20 Januari.

AGC memohon larangan untuk menghalang orang ramai daripada membincangkan permohonan kehakiman Najib yang mahu memaksa kerajaan melaksanakan Titah Adendum yang didakwa membenarkannya menjalani baki tempoh penjaranya di bawah tahanan rumah.

“Kami memohon perintah itu dan meminta agar ia kekal berkuat kuasa sementara menunggu keputusan perbicaraan kerana ia menyentuh isu sensitif,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes.

Sementara itu, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah membantah permohonan itu.

Mahkamah telah menetapkan 11 Mac untuk pengurusan kes selanjutnya.

Pada 6 Jan, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, dalam keputusan berpecah, membenarkan bekas Perdana Menteri itu memulakan semakan kehakiman untuk menyemak kewujudan adendum yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Mahkamah Rayuan juga membenarkan Najib mengemukakan afidavit tambahan untuk menyokong permohonannya.

Kini, Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan denda RM210 juta, dan keputusan itu kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, hukuman penjaranya dikurangkan separuh kepada enam tahun dan dendanya dikurangkan kepada RM50 juta berikutan petisyennya untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.

Najib kemudiannya memfailkan permohonan atas dakwaan Titah Adendum yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titah Adendum ini dikatakan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonannya.

Related Posts

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas
  • AdenAden
  • September 8, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Kerajaan Brisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri