38 calon SPM di Johor terkesan akibat banjir

JOHOR BAHRU – Kejadian banjir di Johor yang semakin buruk turut menjejaskan 38 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, daripada jumlah itu seramai 21 daripada mereka tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala bakinya menumpang di rumah saudara.

“Mengikut pecahan daerah ia membabitkan seramai 12 calon SPM di daerah Kota Tinggi diikuti empat calon di Kluang, Kulai (8), Pontian (7), Johor Bahru (3) dan empat calon di Pasir Gudang.

“Bagaimanapun itu tidak menghalang mereka untuk menduduki SPM kerana seramai tujuh calon yang mengambil subjek Matematik Tambahan akan menjawab peperiksaan berkenaan hari ini di pusat peperiksaan ditetapkan.

“Di Kulai pula, seorang calon terkesan banjir menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Pada 2 Januari lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dilaporkan berkata, sebanyak 133 Pusat Peperiksaan Alternatif (PPA) disediakan bagi menempatkan calon SPM di enam negeri yang berisiko jika pusat peperiksaan sedia ada dilanda banjir.

PPA itu diwujudkan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah sebagai langkah awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang peperiksaan SPM berlangsung khususnya ketika Monsun Timur Laut (MTL).

Di Johor, seramai 49,980 calon SPM 2024 menduduki peperiksaan di 376 pusat di negeri ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, situasi banjir di Johor semakin membimbangkan apabila berlaku peningkatan jumlah mangsa iaitu daripada 3,594 penduduk yang ditempatkan di PPS petang semalam kepada 3,974 mangsa pagi ini melibatkan 1,117 keluarga.

Related Posts

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

BAGAN SERAI – Kegiatan Geng Man Kuda yang dipercayai bergiat aktif dalam kes samun dan curi kenderaan di tiga negeri sejak Jun lalu tumpas selepas polis menahan empat individu serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat