Kerajaan Sabah sumbang 37 kepala singa kepada masyarakat Tiong Hua Sandakan

SANDAKAN – Sebanyak 37 kepala singa diserahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Masyarakat Tiong Hua Sandakan sempena Tahun Baharu Cina 2025 pada tahun ini.

Beliau berkata, sumbangan ini merupakan inisiatif tahunan yang melibatkan lebih daripada 400 kepala singa yang diagihkan di seluruh negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berkata, kepala singa ini adalah simbol budaya Cina yang mempunyai makna penting dalam menyemarakkan semangat dan membawa aura positif untuk tahun baharu.

“Sumbangan ini memberikan semangat dan harapan kepada semua kaum di Sabah, khususnya di kawasan Karamunting.

“Singa ini adalah simbol untuk membawa nasib baik dan semangat baharu.

“Setiap tahun, lebih daripada 400 kepala singa diagihkan kepada persatuan-persatuan Tiong Hua di seluruh Sabah.

“Ini menunjukkan kerajaan yang berjiwa rakyat dan menghargai semua kaum di negeri ini,” katanya semasa Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Masyarakat Tiong Hua sempena Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Kerajaan Negeri Sabah di Tokong Che Siang Khor, Jalan Buli Sim-Sim di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Hiew turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas sokongan dan sumbangan tersebut.

“Saya harap agar kepala singa ini dapat digunakan untuk memberikan semangat dan meningkatkan keharmonian antara masyarakat terutamanya dalam merayakan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

“Oleh itu, harapan tahun ini membawa lebih banyak rezeki dan meningkatkan ekonomi serta memastikan semua rakyat dapat hidup dalam keadaan sejahtera,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau bersama jemputan kehormat lain turut menyempurnakan simbolik menitik mata singa.

Hadir sama, ADUN Tanjong Papat Datuk Frankie Poon Ming Fung, ADUN dilantik Jaffari William, Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui dan Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner (ACP), Abdul Fuad Abdul Malek.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Outreach Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka