24 motosikal ditahan, 18 saman dikeluarkan dalam Ops Samseng Jalanan di Sandakan

SANDAKAN – Sebanyak 24 motosikal ditahan termasuk 18 saman dikeluarkan dalam Ops Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Operasi dijalankan di sekitar kawasan Jalan Labuk Batu 8, Bandar Indah dan Batu Prima Batu 4 bermula dari pukul 4 petang Sabtu hingga 2 pagi pada Ahad.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BSPT IPD Sandakan, operasi ini dilaksanakan di kawasan yang sering menjadi tumpuan golongan muda yang menjadikan lokasi tersebut sebagai litar.

“Sebanyak 18 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans serta ubahsuai ekzos motosikal.

“Manakala sebanyak 24 buah motosikal ditahan di bawah Seksyen 60 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana melakukan pengubahsuaian yang menyalahi peraturan,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Operasi turut melibatkan penggunaan teknologi M-COPS untuk pemeriksaan Sistem PDRM (Saman) serta semakan dengan Sistem JPJ untuk mengesahkan status lesen memandu, cukai jalan dan pemilikan kenderaan.

Pada masa sama, pemeriksaan waran tangkap juga dilakukan bagi memastikan tiada individu yang dikehendaki terlibat.

Sehubungan itu, pihak polis mengingatkan agar masyarakat terutamanya golongan muda, mematuhi undang-undang jalan raya dan memperoleh lesen menunggang yang sah.

“Jangan membahayakan diri sendiri dan orang lain.

“Sayangilah diri anda dan berusahalah untuk menjadikan jalan raya lebih selamat digunakan,” kata kenyataan itu.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi