Mahkamah perintah pengurus akaun direman tiga hari lagi

KANGAR – Tempoh reman terhadap seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun di Perlis disambung tiga hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan wang kira-kira RM600,000 untuk kegunaan peribadi.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perintah sambung reman terhadap wanita berusia 30-an itu dibenarkan oleh Majistret Mahkamah Kangar, Nurshahida Abdul Rahim.

“Seorang lagi kakitangan wanita badan berkanun berusia 40-an yang ditahan pada 7 Januari lalu dan direman sehingga hari ini, telah dilepaskan dengan jaminan SPRM,” kata sumber tersebut.

Rabu lalu, media melaporkan SPRM menahan dua kakitangan badan berkanun di Perlis, termasuk seorang pengurus akaun kerana disyaki terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang sebanyak RM600,000 untuk kegunaan peribadi.

Laporan itu menyebut siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut antara tahun 2020 hingga 2024.

SPRM turut merampas barangan mewah termasuk barang kemas bernilai RM100,000 yang disyaki hasil penyelewengan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani, mengesahkan sambungan reman tersebut. Beliau memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa