Mahathir Rais letak jawatan tanda pimpinan tertinggi Bersatu lemah tangani isu dalaman

KEPINCANGAN deras melanda Bersatu tatkala pemimpin tertinggi parti presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak agresif dalam mengelola parti itu.

Geostrategis, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, kredibiliti lemah kedua-duanya pemimpin ini dapat dilihat menerusi peletakan jawatan Setiausaha Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Dr Mahathir Mohd Rais atas tindakan Bersatu menyokong perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak yang tidak berjaya diselesaikan dengan baik.

“Kedua-dua pemimpin tertinggi Bersatu ini kelihatan agak sunyi sepi dalam memimpin parti dan bukan sahaja dalam menghadapi Pas tetapi juga menghadapi UMNO.

“Bersatu kelihatan begitu lemah sekali, jadi peletakan jawatan ini (peletakan jawatan Mahathir) menggambarkan isu dalaman Bersatu yang tidak ditangani oleh pemimpin tertinggi dengan baik,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysia Press hari ini.

Hari ini, Mahathir melepaskan jawatan sebagai setiausaha Bersatu dan PN Wilayah Persekutuan, selain keahliannya dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu surat yang ditujukan kepada Datuk Dr Radzi Jidin yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu dan Pengerusi PN Wilayah Persekutuan hari ini.

Memetik mesej Mahathir kepada FMT, beliau memaklumkan ‘perjuangan sudah tidak selari’ sebagai antara sebab tindakan itu diambil.

Beliau juga turut memaklumkan akan menunaikan umrah pada 22 Januari ini dan keputusan mengenai masa depannya termasuk menyertai mana-mana parti akan dibuat selepas itu.

Mahathir sebelum ini lantang mengkritik perhimpunan diketuai Pas untuk menyokong Najib pada 6 Januari lalu, mengatakan ia mencerminkan kesediaan PN berkompromi dengan prinsipnya demi kepentingan politik.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, keruntuhan awal Bersatu juga sudah dapat dihidu ketika pemilihan parti itu bagi penggal 2024 hingga 2027 apabila proses pengundiannya caca marba.

Bersatu terbentuk kepada dua kem iaitu kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kem Muhyiddin bersama Hamzah.

“Saya rasa ianya (kepincangan parti) bermula dua tiga bulan sebelum ini, iaitu ketika pemilihan Bersatu terutamanya daripada kem Azmin.

“Melihat proses undi itu banyak dicurigai dan keputusan bertukar dalam satu-satu jawatan itu dan ianya juga menimbulkan masalah yang lebih besar apabila kepimpinan daripada Muhyiddin, Hamzah tidak timbul (bersuara) dalam perkara ini (proses pengundian).

“Kerana kita tahu terdapat dua kem satu kem Azmin dan kedua kem Muhyiddin bersama dengan Hamzah,” katanya.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan