Kerajaan Negeri Perak catat kutipan hasil RM1.37 billion bagi tahun 2024

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mencatat kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM1. 37 billion, bersamaan 107.81 peratus bagi tahun 2024.

Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin berkata, pencapaian tersebut merupakan bukti nyata komitmen penjawat awam di negeri ini.

Ujarnya, ini menunjukkan betapa penting untuk terus memelihara dan memperkukuhkan momentum kecemerlangan agar kejayaan itu dapat diteruskan dan dipertingkatkan pada tahun 2025.

“Lebih membanggakan, kerajaan negeri mencatatkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM1.37 billion.

“Ia bersamaan 107.81 peratus daripada sasaran awal.

“Ini bukti nyata komitmen penjawat awam di negeri ini dan kecemerlangan sepanjang 2024 lalu dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada tahun 2025,’katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Literasi dan Apresiasi Pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri Perak Tahun 2025 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak merupakan jabatan yang menyumbang hasil tertinggi sebanyak RM914.94 juta, iaitu 68.68 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Tambah beliau, antara pencapaian yang diraikan termasuk pengiktirafan Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 2023.

“Kejayaan tersebut sekali gus menjadikan Perak antara lima negeri terbaik dalam tadbir urus kewangan,”ujarnya.

Sementara itu, Mohd Zaki turut mengingatkan supaya memastikan pengurusan kewangan berada pada tahap baik dengan mengambil langkah-langkah proaktif melalui jabatan masing-masing.

Antara kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti seperti pengurusan perolehan dan gaji yang perlu segera diperbaiki.

“Antaranya ketidak sesuaian atau kelewatan dalam menyediakan Bon Pelaksanaan.

“Begitu juga dengan kesilapan dalam menentukan kaedah perolehan, kelewatan penyediaan dokumen kontrak, serta kegagalan dalam pelaksanaan pengiraan kenaikan pangkat yang mengakibatkan lebihan bayaran,”jelasnya.

Justeru itu, ujar beliau, kelemahan-kelemahan ini antara lain berpunca daripada kecuaian dalam mematuhi peraturan dan prosuder, kurang teliti dalam merancang proses perolehan serta kekurangan pemantauan dan penyeliaan yang kerap.

“Oleh itu, setiap Pegawai Pengawal dan Ketua Jabatan perlu memberi perhatian serius terhadap isu-isu berkaitan,”tegas Mohd Zaki.

Related Posts

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

ARAU – Kementerian Ekonomi akan memohon kepada Kementerian Kewangan (MoF) supaya pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) disambung bagi tempoh seterusnya selepas terbukti membantu usahawan B40 menjana pendapatan. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor