Dua penumpang cedera bas rempuh treler

KULAI – Dua lelaki termasuk seorang warga emas cedera bas dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer (KM) 27.0, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Selatan, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Awang Ismail Awang Hanafi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan terbabit pada jam 6.37 pagi.

“Setibanya PKO ke lokasi pada jam 6.49 pagi, didapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas persiaran dinaiki sembilan penumpang dengan sebuah lori treler.



“Dua penumpang bas persiaran iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun dan warga emas berusia 70 tahun didapati cedera di bahagian kaki manakala pemandu bas serta pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan lanjut.

“Penumpang lain meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Larkin Sentral di Johor Bahru dengan menaiki bas persiaran lain dan operasi ditamatkan pada jam 7.38 pagi,” katanya.

Terdahulu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi kejadian.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang