Kenapa salahkan DAP yang langsung tak terlibat dalam Lembaga Pengampunan Najib?

DAP mengecam keras tindakan Pas yang cuba mengaitkan parti itu terlibat dalam isu Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia merupakan taktik keji Pas untuk memburukkan DAP sekali gus menghasut rakyat membenci Kerajaan Perpaduan.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sekali lagi cuba mengheret DAP dalam isu Titah Adendum yang melibatkan kes Datuk Seri Najib Razak.

“Tindakan keji ini merupakan mainan politik ulangan PAS yang hanya pandai menyalahkan DAP dalam apa sahaja isu dengan slogan ‘Semua Salah DAP’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam hantaran terbaharu Abdul Hadi di Facebook menerusi segmen Minda Presiden Pas, beliau mengaitkan DAP sebagai dalang yang menyebabkan Titah Adendum itu ‘keciciran’ sekali gus menganiaya Najib.

Mengulas lanjut, Anthony Loke menegaskan, pemimpin DAP khususnya anggota Kabinet dari DAP langsung tidak terlibat dalam isu Titah Adendum tersebut kerana isu pengampunan adalah urusan Lembaga Pengampunan yang tidak melibatkan Jemaah Menteri.

“Dalam Lembaga Pengampunan pula, tidak ada seorang pun Ahli Lembaga yang terdiri dari wakil DAP.

“Tambahan pula, segala urusan Lembaga Pengampunan dinasihati oleh Peguam Negara kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan Najib memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum pada Januari tahun lalu.

Titah Adendum yang ‘keciciran’ itu dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah yang membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Melalui penghakiman majoriti 2-1 yang dibacakan Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, menyatakan bahawa mahkamah tidak boleh mengabaikan fakta dan bukti yang dikemukakan oleh perayu (Najib) dalam kes tersebut.

Pada masa sama, Anthony berharap rakyat Malaysia tidak cepat melatah setiap kali Pas melancarkan serangan politik terhadap DAP yang cuba menganggu-gugat kestabilan politik Kerajaan Madani.

“Kita amat mengenali taktik politik kotor dan keji Pas dengan menggunakan isu ini dan mengaitkan dengan DAP untuk tujuan cuba menjatuhkan pentadbiran YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memecahkan Kerajaan Perpaduan.

“Pemimpin Pas kini amat gila kuasa dan gelojoh untuk menggunakan segala cara untuk mencapai cita-cita politik mereka untuk merampas kuasa di Putrajaya.

“Saya menyeru rakyat Malaysia yang menghargai kestabilan politik pada masa kini untuk menolak sekeras-kerasnya politik murahan dan keji yang dibawa oleh Pas,” katanya.

Justeru, Anthony yang juga Menteri Pengangkutan menegaskan, partinya terap teguh untuk menjaga kestabilan dan keharmonian politik dalam Kerajaan Perpaduan.

“DAP akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yakin dengan keikhlasan semua gabungan dalam kerajaan untuk menolak cubaan Pas menggangu-gugat kestabilan negara,” katanya.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak