Sabah tidak akan laksanakan hukum sebat di khalayak ramai – Arifin

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah tidak akan melaksanakan hukuman sebatan secara terbuka di khalayak ramai seperti yang dilaksanakan di negeri Terengganu baru-baru ini.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif merujuk kepada kenyataan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, di akhbar tempatan pada 3 Januari 2025, yang bertajuk ‘Mufti Sabah sokong hukum sebat di khalayak ramai’.

“Kenyataan beliau yang turut memetik bahawa beliau menyokong pelaksanaan hukuman itu kerana ia mengikut syariat Islam.

“Kerajaan Negeri ingin memaklumkan bahawa kenyataan Mufti Sabah hanya merupakan pendapat dan pandangan peribadi beliau namun sama sekali tidak mewakili pendirian Kerajaan Negeri.

“Saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri menerusi pihak berkuasa agama akan kekal dengan hukuman yang sedia ada terhadap kesalahan ‘Takzir’ yang merupakan hukuman atas kesalahan yang tidak dinyatakan bentuknya oleh syarak,” katanya dalam satu kenyataan tersebut di sini, pada Isnin.

Sehubungan itu, Arifin turut menjelaskan hukuman itu tidak akan dilaksanakan di negeri ini kerana Sabah merupakan negeri yang unik, berbilang kaum dan agama yang harmoni serta toleransi persefahaman yang menjadi teras rakyat Sabah hidup secara aman.

“Kerajaan Negeri menegaskan kita berpegang kepada prinsip ‘Fiqh Sabahi’ yang diperkenalkan oleh Mufti Sabah iaitu fiqh kebijaksanaan dan hikmah dalam pergaulan, menjalin hubungan dan bermasyarakat serta menjalankan nilai dakwah dan syiar Islamiah berdasarkan kehidupan pelbagai kaum dan agama di Sabah.

“Kerajaan Negeri berharap isu ini tidak terus dipolitikkan atau menjadi bahan perdebatan oleh mana-mana pihak, sehingga menimbulkan suasana yang kurang harmoni,” ujarnya.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis