MCMC sedang bangun sistem alamat nasional

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang membangunkan Sistem Alamat Nasional (NAS) untuk membentuk rangka sistem pengalamatan berautoritatif, seragam dan bersepadu peringkat kebangsaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, NAS akan menjadi sistem tunggal bagi sumber alamat autoritatif dan diiktiraf kerajaan sebagai rujukan utama untuk mengurus lebih 12 juta alamat di seluruh negara, melalui kerjasama erat pelbagai pihak berkepentingan.

Beliau berkata, pembangunan NAS adalah langkah strategik kerajaan melindungi kedaulatan data geospatial negara dengan memastikan data alamat diuruskan secara domestik, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada teknologi luar.

“Dengan pelaksanaan sistem NAS, kita tidak lagi perlu bergantung pada kaedah tradisional seperti mengenal pasti alamat berdasarkan warna bumbung rumah, nombor tiang elektrik atau tanda perbatuan.

“Apabila siap sepenuhnya, NAS menjadi sistem tunggal bagi sumber alamat autoritatif dan diiktiraf kerajaan – sebagai rujukan utama untuk mengurus lebih 12 juta alamat di seluruh negara – melalui kerjasama erat pelbagai pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka antara MCMC dengan Kerajaan Melaka yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, di ibu negara, hari ini.

Fahmi berkata, MCMC juga sudah memulakan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi, termasuk pihak berkuasa tempatan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia serta pemain industri geospatial tempatan dalam menjayakan misi NAS.

Beliau berkata, kerjasama itu bertujuan membangunkan perkhidmatan geospatial untuk alamat dan jalan, yang dijangka memberi manfaat besar kepada sektor kurier, logistik, penyampaian awam dan pertahanan negara.

Related Posts

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

GOPENG – Penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka peluang lebih luas kepada negara untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara anggota blok berkenaan yang mewakili lebih separuh daripada populasi dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana
  • AdenAden
  • September 13, 2026

​AMPANG JAYA – Tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga emas di Jalan 4/8 Pandan Perdana, semalam. ​Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu