Misi rentas Benua Asia selesai, ekspedisi keliling dunia mula ke Afrika

SEJAK memulakan ekspedisi mengelilingi dunia pada Mei lalu, Jack Voon Fuet Kui mengakui agak terkilan kerana tidak mendapat kebenaran memasuki negara Arab Saudi.

Ini kerana pihak berkuasa negara berkenaan bertegas untuk tidak membenarkan kenderaan yang direka dengan fungsi pemanduan sebelah kanan (RHD) melepasi sempadan negara itu.

Pemuda dari Sarawak yang menggunakan kereta Perodua Kenari bagi misi menakluki dunia itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali berpatah balik dan merentasi negara Turkiye untuk ke benua Afrika.

“Agak kecewa juga bila saya tidak memperoleh kebenaran dari Arab Saudi hanya kerana kereta ini RHD… kos untuk berpatah balik untuk masuk ke benua Afrika juga sangat tinggi.

“Saya dimaklumkan kos itu boleh mencecah AS$3,900 (RM17,438) dan ia akan membebankan ekspedisi ini.

“Lagipun saya perlu menyesuaikan dengan bajet sedia ada memandangkan saya tidak mempunyai penaja untuk ekspedisi ini,” katanya.

Jack memaklumkan dia hanya perlu melengkapkan perjalanan ke Arab Saudi untuk menamatkan ekspedisi itu bagi negara Asia.

Katanya, negara di Benua Asia yang lain sudah berjaya dilalui dengan Perodua Kenari itu dan Arab Saudi sepatutnya menjadi destinasi terakhir sebelum dia memulakan perjalanan meredah benua Afrika.

“Sekarang saya kena pusing balik ke Iran dan Turkiye… memang akan merugikan masa dan menambahkan kos bagi perjalanan itu,” ujarnya.

Dia juga memaklumkan ada menerima sumbangan daripada orang ramai yang menyokong usahanya itu.

Katanya, antara yang tampil menawarkan bantuan kewangan adalah seorang individu dari Israel.

“Dalam keadaan agak terdesak ketika ini, memang terfikir untuk terima bantuan (sumbangan) daripada individu berkenaan… namun, selepas fikir panjang, saya ambil keputusan menolak tawaran itu.

“Keputusan menolak sumbangan daripada individu berkenaan (dari Israel) dibuat kerana memikirkan sensitiviti kenalan Muslim saya dan perkara ini amat saya ambil berat walaupun dalam keadaan terdesak mencari dana.

“Saya harap dapat memulakan ekspedisi di Afrika dalam masa terdekat dan dibukakan jalan lain… sumbangan daripada rakan-rakan yang lain,” katanya.

Jack memulakan ekspedisi itu pada awal Mei lalu di pekarangan menara Kuantan 188.

Dia meletakkan sasaran menamatkan ekspedisi itu dalam masa tiga tahun.

“Saya akui memang rasa bertuah juga kerana ramai yang tampil memberikan sumbangan untuk ekspedisi ini.

“Walaupun berdepan kesukaran, saya akan pastikan perjalanan untuk menamatkan ekspedisi mengelilingi dunia diteruskan seperti dirancang,” katanya.

Related Posts

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

PEKAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penahanan 30 rakyat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ambil maklum laporan syarikat pembangunan kecerdasan buatan (AI), Anthropic berhubung penyalahgunaan model AI Claude. MCMC berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan