Polis tahan penganggur miliki senjata tiruan

POLIS menahan seorang penganggur kerana disyaki memiliki senjata tiruan di sekitar Chukai, Terengganu, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, suspek berusia 48 tahun ditahan hasil laporan dibuat penduduk di kawasan berdekatan.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 55 tahun yang membuat laporan polis mendakwa terdengar bunyi tembakan, sebelum menemui beberapa biji bebola besi di parkir hadapan rumahnya di Taman Banggol Indah, dekat Kemaman.

“Pengadu juga mendakwa pernah menjumpai kesan serpihan kaca di atas lantai tangga dan kesan lubang pada kaca tangga rumahnya, selain turut menemukan biji bebola besi di atas lantai balkoni dan parkir keretanya pada jam 4.30 petang, 18 Disember lalu.

“Dia membuat laporan polis kerana risau keselamatan diri dan keluarga pada jam 2.14 petang semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Wan Muhamad berkata, suspek dipercayai menggunakan senjata tiruan iaitu ‘slingshot’ yang dibeli secara dalam talian berserta peluru jenis bebola besi yang disyaki digunakan untuk menembak burung liar.

“Suspek direman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran