KKDW lulus peruntukan RM40 juta naik taraf, baik pulih tabika, taska Kemas seluruh negara

GOPENG – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah meluluskan peruntukan RM40 juta bagi kerja menaik taraf dan baik pulih Taman Bimbingan Kanak-Kanak (tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara bermula tahun 2025.

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd Hanafiah Man berkata, daripada 10,600 kelas yang beroperasi, lebih 60 peratus memerlukan penyelenggaraan segera.

Jelasnya, kerja-kerja baik pulih akan diberi keutamaan kepada bangunan yang sudah uzur dan rosak demi keselesaan dan keselamatan terutamanya kepada murid-murid.

Tambahnya lagi, ketika ini, semua Kemas seluruh negeri dalam proses menyiapkan data akhir tabika dan taska yang perlu segera dinaik taraf dan baik pulih.

“Insya-Allah, pada awal Februari kita sudah boleh memulakan proses sebut harga dan tender bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

“Kerja-kerja penyelenggaraan perlu dilaksanakan segera bagi memastikan anak-anak berada dalam persekitaran selamat untuk mengikuti pelajaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama kakitangan Kemas Perak di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Gopeng di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Kemas Perak, Taufik Mohd Yusop.

Sementara itu, Mohd Hanafiah turut memaklumkan, sebanyak 17 buah tabika baharu bakal dibina di beberapa negeri dan negeri Perak turut tidak terkecuali.

Ujar beliau, daripada jumlah itu, dua tabika akan dibina di Perak iaitu di Kampar dan Tambun.

Beliau turut memanjat rasa syukur apabila tabika Kemas masih lagi menjadi pilihan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak.

“Alhamdulillah, sehingga kini, jumlah senarai menunggu melebihi 20,000 murid.

“Ini sekali gus menunjukkan ibu bapa masih berminat memilih tabika Kemas untuk menghantar anak-anak mereka,” ujarnya.

Beliau turut menambah, pada tahun hadapan juga, program pra tahfiz akan dikembangkan daripada 4,000 kelas kepada 8,000 kelas.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP