Pesawat Jeju Air terhempas dipercayai lepas langgar burung

SEOUL – Sebuah pesawat membawa 181 orang terhempas di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap pada Ahad.

Menurut Yonhap, pesawat itu membawa 175 penumpang dan enam anak kapal. Setakat ini, 28 orang dilaporkan maut manakala jumlah yang cedera belum diketahui.

Nahas berlaku ketika pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand itu mendarat di lapangan terbang di selatan negara berkenaan.

Menurut laporan awal, dua individu ditemui masih hidup ketika misi menyelamat.

Seorang pegawai lapangan terbang yang dipetik Reuters berkata, pihak berkuasa sedang berusaha menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat.

Gambar dikongsi media tempatan menunjukkan asap dan api marak membakar sebahagian pesawat tersebut.

Pemangku Presiden, Choi Sung-mok, yang dilantik sebagai pemimpin sementara negara pada Jumaat selepas presiden terdahulu dipecat susulan krisis politik, mengarahkan usaha menyelamat dilakukan secara menyeluruh, menurut pejabatnya.

Laporan awal menyebut nahas dipercayai berpunca daripada ‘pertembungan dengan burung yang menyebabkan kerosakan pada gear pendaratan’ ketika pesawat cuba mendarat.

Jurucakap Jeju Air memaklumkan syarikat penerbangan itu sedang menyemak laporan berkenaan.

Pihak penyelamat sedang memindahkan penumpang dari bahagian belakang pesawat, lapor Yonhap yang memetik kenyataan jabatan bomba.

Satu gambar menunjukkan bahagian ekor pesawat terbakar di tepi landasan, dengan anggota bomba dan kenderaan kecemasan kelihatan di lokasi kejadian.

Related Posts

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota. Presiden Filipina, Ferdinand…

Lebih lanjut

teruskan membaca
China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat