JPJ komited perkasa AI, penguatkuasaan digital

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital, selain memperkasa penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, inisiatif itu bagi memperkukuh penguatkuasaan terhadap kesalahan yang mengakibatkan risiko kemalangan dan kematian jalan raya yang tinggi.

Menurut beliau, JPJ juga bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya di seluruh negara serta memastikan semua kenderaan yang beroperasi mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

“Dengan penggunaan teknologi ini, JPJ dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan meminimumkan kesalahan yang berlaku.

“Pemeriksaan berkala dan pengawasan yang ketat akan diteruskan, terutamanya untuk kenderaan awam dan komersial,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu,  Aedy Fadly menegaskan, pegawai penguat kuasa akan meningkatkan pemeriksaan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik, terutama di lebuh raya dan kawasan yang sering berlaku kemalangan.

“JPJ juga akan melancarkan kempen kesedaran awam secara besar-besaran untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.

“Program itu menyasarkan golongan pemandu muda dan berisiko tinggi, dengan fokus pada aspek keselamatan seperti pemakaian tali pinggang keledar, kelajuan selamat, dan tingkah laku yang bertanggungjawab di jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Aedy Fadly berkata, JPJ akan terus berusaha memperkukuh kerjasama dengan syarikat pengangkutan dan persatuan industri untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.

“Dengan langkah-langkah yang lebih ketat terhadap kenderaan komersial, seperti bas dan lori, JPJ berharap dapat mengurangkan kemalangan yang melibatkan kenderaan berat di jalan raya.

“Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama antara pihak berkuasa, pemandu, penunggang, dan semua pengguna,” katanya.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil