Empat bayi terkorban di Gaza akibat kesejukan melampau

GAZA – Suhu sejuk telah meragut nyawa tiga bayi Palestin di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam terakhir di tengah-tengah serangan kejam Israel ke atas wilayah itu, menurut pegawai dan media tempatan pada Khamis.

Seorang bayi perempuan berusia 3 minggu kehilangan nyawa di Kem al-Mawasi, bandar selatan Khan Younis, pada Rabu, kata Dr. Munir Al-Bursh, ketua pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, menerusi akaun X beliau.

Sela Mahmoud Al-Fasih berkata, bayi-bayi Gaza mati beku akibat kesejukan melampau.

Menurut agensi berita rasmi Palestin, WAFA turut melaporkan bahawa dua bayi lain, masing-masing berusia 3 hari dan 1 bulan, turut meninggal dunia akibat suhu sejuk dan kekurangan tempat perlindungan yang hangat.

“Seorang lagi bayi di Gaza meninggal dunia hari ini akibat kesejukan melampau, menjadikan jumlah kematian akibat suhu sejuk kepada empat dalam tempoh 72 jam terakhir.

“Sumber perubatan mengesahkan bahawa bayi tersebut tidak dapat bertahan dalam cuaca sejuk, sekaligus memburukkan lagi situasi darurat di wilayah itu,” katanya.

Serangan Israel yang berterusan di Gaza telah menyebabkan banyak keluarga kehilangan tempat tinggal yang sesuai dan sumber asas.

Menurut pegawai kesihatan tempatan, kekurangan keselamatan makanan dalam kalangan ibu, menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan dalam kalangan kanak-kanak, yang semakin membebankan kemudahan perubatan dan perkhidmatan kecemasan.

Sejak serangan Israel di Gaza bermula pada Oktober 2023, sekurang-kurangnya 45,227 kematian rakyat Palestin telah direkodkan, dengan lebih 107,573 orang cedera.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills