Remaja dan kanak-kanak meninggal dunia lemas di pantai, seorang masih hilang

PAPAR – Dua mangsa terdiri daripada remaja dan kanak-kanak ditemui meninggal dunia di Pantai Bundusan, Kampung Bundusan, di sini pada Khamis.

Manakala seorang mangsa masih hilang dan seorang lagi selamat dalam tragedi lemas itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan (MERS999) pada pukul 5.38 petang berkenaan kejadian melibatkan empat orang mangsa lelaki terbabit.

“Ketika kejadian kesemua mangsa menjalankan aktiviti mandi-manda di pantai.

“Menurut laporan awal, seorang mangsa berusia 14 tahun ditemukan oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba pada pukul 6.01 petang.

“Namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pasukan bomba melakukan CPR bersama pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang lagi mangsa berusia 12 tahun berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung dan berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, menurutnya, pada jam 6.56 petang seorang lagi mangsa dijumpai meninggal dunia oleh pasukan bomba.

Jelasnya, mangsa kanak-kanak berusia 7 tahun itu dijumpai terdampar di tepi pantai dan disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan KKM.

“Pasukan bomba kini sedang giat menjalankan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan bantuan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM untuk mencari seorang lagi mangsa lelaki masih hilang yang berusia 48 tahun.

“Maklumat lanjut mengenai operasi berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK