RM74 juta projek Rancangan Tebatan Banjir di Parlimen Gerik dilaksana Januari 2025

GERIK – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bakal dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Parlimen Gerik pada Januari 2025 dengan peruntukan sebanyak RM74 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Datuk Salbiah Mohamed berkata, isu banjir merupakan antara keutamaan sejak beliau wakil rakyat lagi.

Ujarnya, dengan kelulusan yang diperolehi daripada JPS sejak 2019 itu antara perkara yang sememangnya didamba terutama bagi penduduk dalam mengatasi masalah banjir di Gerik.

“Alhamdulillah, walaupun ada sedikit kelewatan, tapi saya dimaklumkan JPS kemungkinan awal Januari 2025 projek RTB Gerik akan bermula.

“Sekitar 2019 lagi kita sudah memperoleh kelulusan daripada JPS dengan peruntukan 74 juta, namun terdapat beberapa kekangan yang perlu ditangguhkan termasuk ketika pandemik Covid-19.

“Akhirnya, ia bakal terlaksana di mana isu banjir ini merupakan antara keutamaan kita dan semenjak saya menjadi wakil rakyat lagi kita memastikan isu ini dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata pada Program Dari Mata Turun Ke Hati, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cakna Komuniti: ‘SKM Prihatin, Skuad Ihsan Madani’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Temengor, di sini.

Hadir sama, Pengarah SKM Negeri Perak, Zuhaini Romli.

Salbiah, yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak turut berharap dengan terbinanya RTB di Gerik akan dapat menyelesaikan isu banjir terutamanya banjir kilat serta kawasan kampung yang sering terkesan.

“Semoga dengan terbinanya projek RTB ini, masalah banjir kilat yang kerap berlaku di Pekan Gerik dapat diatasi.

“Begitu juga dengan kawasan perkampungan yang terkesan,” tambah beliau.

Sementara itu, ‘SKM Prihatin, Skuad Ihsan Madani’ melibatkan sebamyak 30 buah keluarga dari empat kampung di DUN Temengor yang menerima bantuan pasca banjir.

Kampung-kampung tersebut adalah Kampung Kerunai, Kampung Jong, Kampung Padang Langgar dan Kampung Padang Stang.

Mereka turut menerima kelengkapan tilam serta keperluan harian lain.

Ujar Salbiah, beliau merakam ucapan terima kasih kepada SKM Perak atas inisiatif serta kecaknaan terhadap mangsa banjir di DUN Temengor khususnya.

Selain SKM Perak, Sekretariat Pembangunan Wanita Perak juga turut terlibat menyumbangkan bantuan berbentuk makanan.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu