Tinggalkan perangai campur tangan dalam kes mahkamah – AMK Sabah

KOTA KINABALU – UMNO Sabah dinasihat agar meninggalkan perangai campur tangan dalam kes-kes mahkamah.

Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Fekirie Gobet berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berkompromi terhadap rasuah apatah lagi menyalah gunakan kuasanya untuk menggugurkan kes.

“Kami mengambil maklum desakan Ketua Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abdul Karim yang mahu semua kes melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika pentadbiran Pakatan Harapan 2018 digugurkan.

“Seperti kes Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin yang telah diarahkan membela diri oleh mahkamah atas tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta.

“Maka Bung Moktar perlu menghadapi pertuduhan tersebut sehingga Mahkamah memutuskan beliau bebas ataupun ke penjara,” katanya dalam kenyataan itu di sini pada Ahad.

Tambahnya, kenyataan Perdana Menteri sudah jelas, kes digugurkan adalah kerana kecacatan dan pendakwaan yang terburu-buru.

“Namun bukan bermakna tidak ada salah guna kuasa berlaku apatah lagi dengan kekayaan dan kemewahan luar biasa yang dimiliki.

“Maka kami memberitahu Pemuda UMNO untuk meninggalkan perangai lama di mana pemimpin politik campur tangan dalam kes-kes mahkamah bagi membebaskan rakan politik mereka.

“Kerajaan Madani akan memberikan ruang seluasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah serta mana-mana agensi menjalankan kerja mereka tanpa campur tangan politik,” ujarnya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

MUKAH – Kehadiran luar biasa seramai 110,772 pengunjung sepanjang tiga hari Penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di bahagian ini berada pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017