Anggota polis lemas dihanyut arus deras ditemukan maut

PASIR SALAK – Seorang anggota polis berpangkat koperal yang dilaporkan lemas dibawa arus deras ketika mandi di tali air di Changkat Lada, Kampung Gajah, di sini, semalam, telah ditemukan maut awal pagi Isnin.

Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, dijumpai di sekitar kawasan tebing kira-kira 3.048 meter (10 kaki) dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sebelum ini dikatakan keletihan dan cuba ke tebing, bagaimanapun dihanyutkan arus deras.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata, mayat mangsa ditemukan sekitar jam 4.55 pagi oleh anggota PKB yang bertugas.

“Ekoran itu, anggota bertindak menaikkan mayat mangsa lemas itu menggunakan bucket stretcher, tali webbing dan tali penyelamat.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Sabarodzi, seramai 12 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Teluk Intan terbabit dalam operasi itu sejurus menerima panggilan kecemasan jam 2.47 petang, pada Ahad.

Semalam, media melaporkan anggota polis tersebut dipercayai baharu sahaja selesai menghadiri majlis perjumpaan (reunion) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada.

Mangsa kemudiannya pergi ke tali air pintu gerbang Changkat Lada untuk mandi bersama rakan-rakan.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan keletihan dan cuba ke tebing namun arus deras menghanyutkannya.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK