Hilang sembilan hari, meninggal dunia dalam kereta

KUANTAN – Seorang lelaki berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Disember lalu, ditemui meninggal dunia di dalam kereta di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Sungai Isap, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Safri Mohd Ali dari Kampung Hijrah, Kuantan, dijumpai orang awam dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, sejurus menerima maklumat, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang serta petugas kesihatan ke lokasi kejadian dan kematian Safri disahkan penolong pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Pemeriksaan di dalam kenderaan turut menemukan kad pengenalan, telefon bimbit dan beg galas milik lelaki itu.

“Mayat Safri dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk bedah siasat dan proses pengecaman telah dilakukan ahli keluarganya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan awal polis setakat ini tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Safri dilaporkan hilang sejak keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi, 13 Disember lalu dengan memandu kereta Perodua Viva untuk mengambil ubat di Klinik Kesihatan Kampung Kurnia.

Laporan kehilangan lelaki itu dibuat adiknya pada 14 Disember lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat