
KOTA BELUD – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari kediamannya di Kampung Keguraan, di sini, pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, mangsa, Rajim Kemad, 81, keluar dari rumah tanpa memaklumkan keluarganya kira-kira pukul 8 pagi.
“Sepasukan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.51 petang, pada Sabtu.
“Operasi pencarian dibuat pada jarak 1 Kilometer dari lokasi rumah mangsa dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.
SAR turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).



