Tanaman padi lima musim dua tahun mampu menjana pendapatan petani

ALOR SETAR- Program penanaman padi lima musim dua tahun di kawasan Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dijangka akan meningkatkan hasil padi kira-kira 46,000 tan yang secara tidak langsung akan melonjakkan pendapatan pesawah di kawasan Muda.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hasil padi yang kini secara purata lima tan sehektar berpotensi mencapai 5.6 tan sehektar apabila Fasa 1:15 Blok Pengairan Tersier di bawah program itu dibangunkan.

Katanya, pengeluaran padi dijangka meningkat daripada 775,000 tan dengan nilai RM1.008 bilion kepada 821,000 tan dengan nilai RM1.068 bilion iaitu peningkatan sebanyak enam peratus di kawasan itu.

“Malah, purata peningkatan pendapatan kasar bagi pesawah pula dijangka meningkat daripada hampir RM31,000 kepada RM46,000 setahun dengan terlaksananya musim tambahan penanaman padi.

“Peningkatan pendapatan ini adalah sebanyak 50 peratus yang akan memanfaatkan seramai 6,127 orang pesawah di kawasan seluas 10,730 hektar yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Cadangan Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong program itu di Ibu Pejabat MADA, di sini, hari ini.

Mohamad berkata fasa pertama program itu yang bernilai RM761.23 juta membabitkan Pembangunan dan Penyelenggaraan 15 Blok Sistem Pengairan Tersier (RM526.37 juta) dan Projek Pemulihan Menyeluruh Empangan Pedu (RM234.86 juta).

“Tahun lalu Perdana Menteri mengumumkan bahawa program peningkatan ini perlu fasa demi fasa. Diumum awal dahulu kira-kira RM5 bilion secara keseluruhan tapi fasa pertama ini adalah RM761.23 juta yang ditandatangani dan sedang berjalan.

“Projek yang diberi kelulusan prinsip pada 28 Jun 2023 ini akan dilaksanakan melalui Request For Proposal (RFP) secara Kerjasama Awam Swasta,” katanya.

Mohamad berkata, berdasarkan kajian kementeriannya bersama MADA menjangkakan pembangunan infrastruktur pengairan secara menyeluruh di kawasan Muda itu bakal melonjakkan lagi produktiviti hasil padi yang seterusnya mampu menjamin kestabilan bekalan beras negara.

“Jika bergantung kepada import dan kalau berlaku sesuatu perkara di luar negara, hasil mereka merosot dan sebagainya akan berlaku lonjakan harga seperti tahun lepas dan kita harap kalau berulang peristiwa itu kita ada persediaan dengan beras dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melakukan penambahbaikan di kawasan jelapang padi negara bagi menghadapi cabaran bencana terutama banjir.

“Negara kita agak kecil bila berlaku bencana di sebelah utara macam di Kedah, Perlis serta Kelantan dan Terengganu, ia menjejaskan hasil padi.

“Bila bencana kecil tidaklah menjadi masalah sangat tapi bila datang bencana yang besar sebab itu kena ada jelapang padi tempat lain khasnya di Sabah dan Sarawak, begitu juga negeri-negeri lain yang bersetuju untuk sawah terbiar lama dipulihkan semula,” katanya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan