Kenaikan gaji skim SSPA, sedikit atau banyak tetap rezeki

IPOH – “Sedikit atau banyak nilai yang diterima, ianya tetap rezeki. Tak banyak bagi sesetengah individu, tapi tidak buat kami sekeluarga.

“Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan kesihatan baik, umur yang panjang agar boleh berkhidmat dengan lebih baik dan maju jaya, aamiinn,” kata seorang penjawat awam, Rokinah Saad, ketika melontarkan komen di laman Facebook berkaitan penerimaan kenaikan gaji pertama selepas pelarasan di bawah skim Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diterima pada Khamis.

Manakala menurut seorang lagi penjawat awam, Sistem Pengawasan Laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laskar Kanan (M) Mohamad Syaril Ikra’am, 34 tahun berkata, pelarasan gaji tersebut adalah langkah tepat pada masanya.

“Bukan sahaja akan memberikan manfaat langsung kepada penjawat awam, tetapi ia juga dapat memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Peningkatan gaji akan meningkatkan kuasa beli penjawat awam, di mana ianya satu elemen penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi. Terima kasih Kerajaan Madani,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Sebahagian daripada mereka meluahkan rasa gembira dan menzahirkan kesyukuran, selain berterima kasih kepada Kerajaan Madani atas pelaksanaan pelarasan gaji itu, yang dilakukan selepas 12 tahun tanpa semakan.

Penjawat awam turut berkongsi keterujaan mereka menerima kadar gaji baharu melalui pelbagai hantaran di media sosial.

Bagi Mohd Farhan Rahman, 38 tahun, pula berkata, ini juga adalah rezeki buat isteri dan anak-anaknya.

“Kenaikkan ini juga limpahan rezeki buat isteri dan anak-anak juga. Semua orang suka kalau dapat naik gaji.

“Cuma sebagai penjawat awam, kita juga harus tingkatkan lagi mutu kerja selain menjadikan kenaikkan gaji ini sebagai motivasi,” katanya yang bekerja di Hospital Tanjung Rambutan, di sini.

Di bawah SSPA, pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memilih skim berkenaan, akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa iaitu lapan peratus bagi Fasa 1 pada Disember 2024, manakala tujuh peratus untuk Fasa 2 pada Jan 2026.

Sementara itu, bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus dengan empat peratus bagi Fasa 1 dan tiga peratus bagi Fasa 2, menerusi SSPA yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Ogos lalu.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills