6,417 pegawai perubatan, 1,046 pakar letak jawatan sejak 5 tahun ini – Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR – Seramai 6,417 orang pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak meletakkan jawatan sejak 2019 hingga 2023.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, selain itu pihaknya juga merekodkan seramai 1,046 pakar perubatan turut meninggalkan perkhidmatan awam dalam tempoh sama.

Katanya, 63 pakar perubatan lain pula memilih untuk bersara pilihan.

“Antara punca pegawai perubatan berkenaan meletakkan jawatan kerana memperoleh tawaran bekerja sebagai pensyarah di universiti awam (UA).

“Punca lain peletakan jawatan pegawai perubatan berkenaan adalah disebabkan masalah peribadi, isu kompetensi dan masalah kesihatan.

“Terdapat juga peletakan jawatan yang perlu dibuat oleh pegawai selaras dengan peraturan mengenai perkhidmatan yang berkuat kuasa bagi tujuan pegawai lantikan kontrak dipendekkan tempoh kontrak sedia ada, dilantik semula secara tetap dan bertujuan memudahcara proses pembayaran ganjaran kontrak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Senator Dr RA Lingeshwaran yang meminta penjelasan daripada Menteri Kesihatan berhubung jumlah pegawai perubatan tetap dan kontrak yang meletak jawatan atau bersara pilihan dari KKM, dalam tempoh lima tahun terakhir.

Menurut stastitik dikeluarkan KKM, daripada 6,417 pegawai perubatan yang meletak jawatan, 2,385 orang adalah mereka yang berjawatan tetap, manakala baki 4,032 orang adalah lantikan kontrak.

Dr Dzulkefly menjelaskan, bahawa jumlah peletakan jawatan itu tidak termasuk 1,086 pegawai perubatan kontrak yang meletak jawatan kerana memendekkan perkhidmatan kontrak sedia ada, bagi tujuan menerima tawaran pelantikan tetap dan diproses ganjaran kontrak.

Mengenai jumlah petugas kesihatan yang masih berkhidmat di KKM, Dr Dzulkefly berkata terdapat seramai 298,853 orang setakat 30 Jun lalu.

Katanya, jumlah itu meliputi 266,133 petugas kesihatan lantikan tetap dan sebanyak 32,720 lagi adalah petugas kesihatan lantikan kontrak.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,638 orang adalah pakar perubatan, manakala 44,155 adalah pegawai perubatan,” katanya.

Related Posts

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

MUAR – Pengundi khususnya anak muda yang berada di luar negeri termasuk di Singapura, digesa pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 11 Julai ini. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

MUAR – Pengundi diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan taktik sabotaj digital berikutan terdapat cubaan mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah calon untuk menyebarkan fitnah sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Portugal mara ke pusingan 16, kalahkan Croatia 2-1

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

Onn Abu Bakar diharap jadi pemangkin kemajuan pertanian DUN Senggarang

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen

Onn Abu Bakar mampu jadi ‘jambatan’ antara Senggarang dan Parlimen