
KUCHING – Pengguna Maxim dapat menjimatkan kos dan masa mereka melalui tempahan awal.
Menurut kenyataan rasmi Maxim e-hailing, pengguna Maxim dapat memesan tempahan awal walaupun 15 minit sebelumnya.
“Melalui analisis awal, perkhidmatan tempahan awal membolehkan penumpang menguruskan masa mereka dan menjimatkan kos dengan berkesan,” jelas kenyataan tersebut.
Tambahnya, pengguna dapat menjimatkan masa tiga hingga lima jam seminggu jika purata perjalanan bilangan dari dua hingga empat jam sehari untuk satu minggu terutama waktu puncak.
“Pengguna dapat mendapatkan nombor telefon pemandu sebaik sahaja tempahan awal dibuat dan merancang perjalanan bersama.
“Ini juga membolehkan pemandu mempelajari laluan dan mencari cara terbaik untuk sampai ke destinasi tepat pada masanya,” jelas kenyataan tersebut.
Sementara itu, penggunaan e-hailing secara tidak langsung dapat membantu memberi manfaat kepada alam semula jadi dan kesesakan lalu lintas.
“bayangkan satu individu untuk satu kereta tetapi jika menggunakan e-hailing ia dapat membantu mengurangkan 50 peratus jumlah kereta dengan nisbah dua individu ke dalam satu kereta.
Menurut Maxim, tempahan awal dapat dilakukan melalui aplikasi Maxim dengan tambahkan lokasi pengambilan dan destinasi.
“Klik butang (Sekarang) di bawah aplikasi, dan pilih tarikh dan masa pilihan anda.
“Buat pesanan dan Maxim akan menyelaraskan dengan pemandu,” jelas Maxim lagi.




