Harga tambang feri ke Langkawi naik

KUALA PERLIS – Kadar tambang baharu perkhidmatan feri di bawah Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Pulau Langkawi akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2025.

Pengurus operasi syarikat itu, Leftenan Komander (B), Norhafiz Abdul Wahid berkata, kenaikan tersebut melibatkan kategori penumpang termasuk warganegara, bukan warganegara serta penduduk Langkawi namun tiada sebarang perubahan harga melibatkan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

“Bagi kategori warganegara, harga tiket feri dewasa laluan Kuala Perlis ke Pulau Langkawi naik RM3 dari RM21 kepada RM24 manakala dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi naik RM3.50 dari RM26.50 kepada RM30.

“Kenaikan kadar sama turut dikenakan kepada kanak-kanak warga negara dengan harga baharu dari laluan Kuala Perlis menjadikan RM19 manakala dari Kuala Kedah kepada RM24 seorang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, bagi kategori dewasa bukan warganegara, kadar tambang bagi laluan Kuala Perlis ke pulau pelancongan itu naik RM8 kepada RM35 manakala dari Kuala Kedah pula berlaku peningkatan tambang sebanyak RM10.50 kepada RM45.

Bagi harga kanak-kanak bukan warga negara, kenaikan dari Kuala Perlis adalah sebanyak RM5.50 menjadikan tambang baharu RM25 manakala dari Kuala Kedah berlaku kenaikan sebanyak RM6.50 kepada RM32.

“Kadar harga penduduk Pulau Langkawi turut naik RM3 bagi dewasa dan kanak-kanak menjadikan tambang baharu dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis adalah RM18 (dewasa) dan RM13 (kanak-kanak).

“Untuk kategori sama (penduduk Pulau Langkawi) dari pulau peranginan itu ke Kuala Kedah, kenaikan tambang baharu adalah RM3.50 menjadikan harga dewasa adalah RM23.50 manakala kanak-kanak RM17.50,” katanya.

Bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas dan OKU berusia 2 tahun ke atas, kadar tambang lama masih kekal RM13 (warga emas) dan RM10 (OKU) bagi laluan Kuala Perlis manakala untuk laluan Kuala Kedah kekal pada RM14 (warga emas) dan RM14 (OKU).

Menurut Norhafiz, kadar tambang yang sepatutnya telah dinaikkan mulai 5 Ogos 2022 iaitu RM6 bagi laluan Langkawi – Kuala Perlis – Langkawi dan RM7 bagi laluan Langkawi – Kuala Kedah – Langkawi namun dikurangkan kepada 50 peratus ketika itu atas faktor pemulihan pasca Covid-19.

Jelasnya, walaupun berlaku sedikit peningkatan tambang semasa namun kadar tambang feri di Langkawi adalah terendah di Malaysia ketika ini.

Related Posts

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

ROMPIN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah semua pihak berhenti mengelirukan masyarakat Orang Asli di Semenanjung dengan istilah tanah adat. Baginda bertitah, perkara itu jelas termaktub…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA
  • AdenAden
  • August 18, 2026

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa kini menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan Hidupan Liar (K9) bagi mengesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabang Sepang (KLIA) dekat sini. Penggunaan khidmat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang