Terperangkap dalam hujah falasi

DALAM perbahasan di Parlimen semalam, ada ahli Parlimen meminta usul dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh tidak diluluskan kerana itu menzalimi Mahathir.

Kata ahli Parlimen itu, Mahathir sudah lanjut usia dan bekas Perdana Menteri itu tidak wajar dihukum.

Selain itu, dikatakan bahawa, menghukum Mahathir tidak akan membolehkan kita mendapatkan pulau Batu Puteh itu semula.

Kata ahli Parlimen itu lagi, Mahathir banyak berjasa kepada negara terutama dari segi pembangunan.

Katanya, Putrajaya yang hebat itu; yang menjadi pejabat utama ramai menteri, diusahakan pembinaan hasil idea Mahathir.

Lebuh raya di negara ini pun ‘dibina’ oleh Perdana Menteri itu; begitu juga beberapa bangunan pencakar langit, kata ahli Parlimen itu lagi.

Beliau memberi contoh, Menara Berkembar Petronas yang gah itu hasil sentuhan dan kebijaksanaan Mahathir.

Ahli Parlimen itu merupakan wakil rakyat blok Kerajaan – daripada parti Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) sendiri.

Kalau tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu, hujah seumpama itu diklasifikasikan sebagai hujah falasi.

Apa itu hujah falasi?

Hujah ini hujah yang tidak benar; hujah yang mengelirukan; tidak relevan; tiada kredibiliti.

Kalaulah alasannya Mahathir sudah tua, adakah semua orang tua boleh berbuat salah?

Kalaulah alasannya Batu Puteh sudah tidak dapat dimiliki semula, maka jangan hukum semua pesalah sebab semua yang rosak tidak akan baik semula, mangsa yang dah mati takkan kembali hidup, harta yang dirompak tak dapat dimiliki tuannya semula.

Kalaulah alasannya Mahathir banyak jasa, maka semua kita ada jasa maka bolehlah kita melakukan jenayah mengikut tingkat dan kadar jasa kita itu.

Demikianlah analogi (perbandingan) berkaitan hujah ahli Parlimen itu dalam isu yang hangat pada penghujung sesi perbahasan hari terakhir sidang parlimen kali ini yang berlangsung semalam.

Ucapan ahli Parlimen itu mendapat sokongan padu pembangkang; dijadikan modal soldadu siber pihak sana menghentam, memaki, mencaruti, dan mempermain-mainkan Kerajaan Perpaduan.

Nampaknya dia sudah hilang hala tuju, tidak rasional, dan terjerut oleh tali kekeliruan minda.

Kasihan, ahli Parlimen veteran itu; terperangkap dalam hujah falasi ciptaan sendiri!

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar