Banjir Perak: Dua PPS masih aktif libatkan 220 mangsa

IPOH – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengesahkan seramai 220 orang mangsa banjir di Perak berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi, pada Jumaat.

Menurut jurucakap JPBN, dua PPS tersebut melibatkan dua daerah iaitu Perak Tengah dan Manjung.

Ujarnya, jumlah mangsa itu melibatkan 68 keluarga dari tujuh kawasan yang terjejas bencana alam.

Mengikut perincian, 34 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Pulau Misa di tempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kepayang di Daerah Perak Tengah.

“Manakala jumlah 186 mangsa daripada 57 keluarga di Manjung berlindung di PPS SK Beruas sejak ia mula di aktifkan pada Khamis (semalam).

“Kesemua mangsa di Manjung adalah dari Kampung Kilang, Taman Anggerik Permai, Kampung Tersusun Belakang Masjid, Kampung Belakang Balai, Kampung Cenderong Klubi dan Kampung Pulau Kabong,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memaklumkan, aras air sungai di negeri Perak melibatkan tiga stesen telah melepasi tahap normal.

Aras Sungai Rui di Hulu Perak dan Sungai Bidor masing-masing merekodkan tahap amaran pada bacaan 165.67 meter dan 3.34 meter.

Manakala, aras air Sungai Perak di Bagan Datuk juga mula menunjukkan peningkatan ke tahap waspada melepasi bacaan 2.11 meter.

“Jabatan Metrologi Malaysia (MET Malaysia) pula memberitahu, sebahagian besar daerah di negeri ini dijangka mengalami hujan dan ribut pada sebelah petang sehingga malam,” jelasnya.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng