Didesak letak jawatan, King Sing akui sukar puaskan hati semua pihak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tiong King Sing akui bahawa beliau tidak boleh memuaskan hati semua pihak susulan beberapa pihak mendesaknya meletak jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

Pun begitu, King Sing mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan dalam mentadbir kementerian berkenaan dan industri pelancongan.

“Itu biasalah, kita tak boleh puaskan hati semua orang… dia suruh saya letak jawatan? Apa salah saya buat? Kita pun faham, dia pernah jadi Timbalan Menteri… tanya dia apa dia buat masa dia jadi Timbalan Menteri, apa dia sudah buat perubahan?

“Apa dia buat untuk transformasi? Saya mengharapkan di Parlimen, anda (Ahli Parlimen) boleh memberikan sesuatu maklumat dan cadangan yang baik.

“Beritahu mana kelemahan saya dan (apa yang) patut saya boleh ubah suai. Jangan cerita tidak tentu,” lapor Astro Awani pada Jumaat.

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyelar King Sing.

Malah, beliau juga menerima kritikan susulan menegur penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap papan tanda dwibahasa selepas didakwa mencemarkan imej kerana bertindak ‘terlalu kasar’.

Mengulas berkait isu papan tanda, King Sing berkata, beliau konsisten tentang keperluan mewujudkan papan tanda dwibahasa bagi memudahkan pelancong asing yang berkunjung ke negara ini.

Beliau juga menasihati segelintir pihak termasuk bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar tidak mengaitkan isu papan tanda dengan politik.

“Sebelum ini, beliau juga adalah seorang menteri dan sebahagian daripada kerajaan. Jangan cuba bermain dengan isu politik seperti ini.

“Jika ada perkara yang beliau benar-benar tidak puas hati, datanglah berjumpa dengan saya dan kita boleh berbincang. Jika tidak, berikanlah cadangan yang lebih membina dan berguna untuk negara,” tegas King Sing lagi.

Pada masa sama, King Sing mencadangkan DBKL agar tidak bersikap ‘terlampau kasar’, selain memberikan notis terlebih dahulu kepada pihak berkaitan untuk menurunkan papan tanda yang tidak memaparkan bahasa Melayu.

Sebelum ini, DBKL dilapor melancarkan operasi berskala besar yang menyasarkan papan tanda tidak memaparkan bahasa Melayu, di beberapa kawasan termasuk Segambut, Pudu dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.

Related Posts

SPR tingkat kesiapsiagaan hadapi kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

KePKAS pandang serius gajah Pygmy cedera belalai

Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

  • By Ynom
  • May 20, 2026
Kastam Sabah tumpaskan cubaan edar dadah lebih RM3 juta menerusi perkhidmatan kurier

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti