Kadar premium insurans perubatan bakal diumumkan tidak lama lagi

PUTRAJAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan sedikit masa sahaja lagi untuk membuat penilaian dan perbincangan akhir sebelum mengumumkan kadar kenaikan premium insurans perubatan seperti yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pengumuman berkenaan isu had kadar kenaikan premium insurans tersebut akan diumum oleh BNM tidak lama lagi setelah keputusan akhir daripada semua proses penilaian dan perbincangan selesai.

“Hari ini perdana menteri memaklumkan kepada jemaah menteri dan perlu sedikit masa lagi tapi dalam masa yang tidak terlalu lama, BNM akan membuat pengumuman.

“Kita harap pengumuman tersebut akan memberi kelegaan kepada para pembeli insurans, kepada rakyat Malaysia amnya yang mengharapkan agar perkara ini dapat ditangani dengan baik dan adil,” katanya ketika berucap di dalam Sidang Media Mingguan bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan di Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, BNM sedang dalam proses rundingan dengan pihak berkaitan berhubung kenaikan premium insurans perubatan antara 40 dan 70 peratus pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BNM hanya akan memuktamadkan kadar premium insurans itu setelah rundingan semula diadakan dengan pihak berkaitan.

Terdahulu, beberapa ahli Parlimen blok kerajaan menggesa BNM mengawal dan menyiasat kenaikan 40 hingga 70 peratus caj premium insurans kesihatan yang dikenakan kepada pengguna.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik