Adendum, subjudis dan mahkamah

MEMANG sifat manusia itu, kadang kala dia mudah lupa dan ada juga kuat merapu.

Manakala sebahagian pula, suka menjadi juara dalam isu yang dia sendiri kurang faham pula.

Dalam hal tertentu, bukan sedikit yang tidak faham tapi yang faham pula, dia seperti terlupa.

Peguam dan mereka yang berpengalaman dalam hal berkaitan undang-undang, biasanya tahu dan faham prosedur pendakwaan, pembelaan, keputusan dan kemudiannya proses rayuan.

Ada perkara disebut dalam mahkamah, hanya kekal boleh dibicarakan dalam kamar mahkamah sahaja.

Tidak boleh perkara itu dibawa, dibincang dan disebarkan secara terbuka.

Terma digunakan bagi hal ini disebut sebagai subjudis dan jika ingkar arahan mahkamah, boleh dikira sebagai menghina institusi itu.

Penjelasan berkaitan subjudis ini pernah dibuat oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hasan kira-kira empat tahun lalu.

Ketika itu, beliau ada jawatan dalam kerajaan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) – memberi ingatan berkaitan kes bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sebelum itu, Guan Eng dilaporkan mendakwa pertuduhan kes rasuah terhadapnya membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, sebagai bermotif politik.

Jadi, seharusnya Takiyuddin juga faham apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa beliau tidak boleh mengulas lanjut secara terbuka dalam isu Titah Adendum adalah sesuai.

Lagipun, kes itu dalam proses rayuan yang ditetapkan mahkamah akan didengar pada Januari depan.

Mungkin ada pihak boleh ingatkan kepada Takiyuddin bahawa subjudis itu benar dan menghina mahkamah itu juga benar.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017