Muda perlu serah kerusi kepada PH – Dzulkefly

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menuntut Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk menyerahkan semula kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini ditadbir mereka kepada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya akan datang.

Timbalan Pengerusi Amanah Negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, pemberian kerusi melibatkan Parlimen Muar dan DUN Puteri Wangsa kepada PH itu adalah wajar berikutan Muda kini tidak lagi sealiran dengan Kerajaan Perpaduan.

“Sebelum ini kerusi berkenaan dikosongkan untuk diberikan laluan kepada Muda kerana parti berkenaan merupakan rakan sekutu politik semasa Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung sebelum ini.

“Maka, tuntutan ini berasas apabila pengundi di kedua kerusi berkenaan tidak mempunyai pilihan lain memandangkan PH tidak bertanding dan gelombang sokongan telah beralih kepada parti yang dikatakan mewakili PH iaitu Muda bertanding di kerusi berkenaan.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan tindakan dan keputusan terbaharu parti Muda yang mengambil langkah untuk tidak lagi bersama Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini dan kedua kerusi tersebut dianggap sebagai kerusi yang kosong untuk mana-mana parti boleh bertanding,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkefly yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar berkata, demi menjaga keharmonian gabungan antara PH dan Barisan Nasional (BN) di Johor, kedua-dua kerusi diserahkan kepada PH.

“Kami mencadangkan agar kedua kerusi berkenaan sebaiknya diserahkan kepada gabungan PH dalam menentukan mana-mana parti dalam gabungan ini untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Amanah Johor sekali lagi memaklumkan bahawa perkara ini perlulah diselesaikan dalam keadaan yang baik supaya mengelakkan pertindihan kerusi boleh berlaku pada PRU atau PRN akan datang yang mana ia akan menguntungkan pihak lawan,” katanya.

Pada 10 September tahun lalu, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan dan memutuskan berada di blok ketiga dalam Dewan Rakyat.

Sehari selepas itu, wakil rakyat tunggal Muda dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Amira Aisya Abd Aziz (Puteri Wangsa) diumumkan tidak lagi berada dalam blok PH di DUN Johor.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP