Industri sawit Malaysia kekal berdaya saing – Johari

KUALA LUMPUR – Peningkatan tarif import di India dan pemotongan levi eksport oleh Indonesia sebahagian daripada perubahan biasa dalam perdagangan minyak sawit global dengan kesannya terhadap daya saing minyak sawit Malaysia bersifat sementara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, eksport minyak sawit Malaysia ke India pada tahun ini menunjukkan daya saing apabila merekodkan peningkatan.

Berdasarkan statistik Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024, eksport minyak sawit ke India meningkat sebanyak 16.4 peratus kepada 2.67 juta tan berbanding 2.29 juta pada Januari hingga Oktober 2023.

“Peningkatan eksport itu berlaku dalam keadaan di mana duti import India dan levi eksport Indonesia telah meningkat.

“Strategi kementerian untuk jangka panjang telah mengambil kira perubahan struktur cukai di negara pengimport dan juga negara pesaing tanpa memerlukan tindakan intervensi yang bersifat reaktif.

“Malaysia sentiasa kekal komited untuk memastikan industri sawit kita kekal berdaya saing melalui pelan jangka panjang yang kukuh, termasuk kerjasama perdagangan dan promosi produk yang lestari seperti Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO),” katanya.

Johari menjelaskan demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang meminta Kementerian Perladangan dan Komoditi menyatakan strategi jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani kesan drastik terhadap industri sawit Malaysia.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang membangkitkan isu itu susulan kenaikan cukai import 32 peratus oleh India dan pemotongan kadar levi eksport oleh Indonesia.

Mengenai kenaikan import itu, Johari dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen berkata, ia adalah duti import efektif, iaitu terma diguna pakai oleh kerajaan India yang mana kadar itu dinaikkan kepada 27.5 peratus berbanding 5.5 peratus untuk minyak sawit mentah (MSM).

Untuk minyak sawit terproses pula, beliau menjelaskan cukainya dinaikkan kepada 35.75 peratus berbanding 13.75 peratus.

“Duti import efektif adalah duti import asas yang telah mengambil kira cukai lain seperti Agrilculture Infrastructure Development Cess dan juga Social Welfare Cess,” katanya.

Mengenai perubahan kadar levi eksport oleh Indonesia, Johari mengakui, ia turut memberi impak terhadap persaingan dalam pasaran global, namun Malaysia terus mengekalkan kedudukan dalam pasaran melalui pengeluaran dan eksport minyak sawit yang mampan dan berkualiti tinggi.

“Sebagai langkah jangka panjang, kementerian melalui agensinya iaitu MPOB akan terus memperkukuh daya saing industri melalui penyelidikan dan pembangunan serta penghasilan produk-produk nilai tambah tinggi seperti bioplastik dan biofuel untuk pasaran global,” katanya.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat