Pembangunan pusat data bertaraf dunia bakal dibina di Bagan Datuk

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pusat Data Peringkat Empat yang bakal dilaksanakan di Bagan Datuk, Perak sebagai satu ‘game changer’ bagi daerah termuda di negeri itu.

Ujarnya, kerjasama strategik ke arah pembangunan pusat data bertaraf dunia itu bukan sahaja bakal membuka peluang ekonomi baharu, bahkan mampu menjadikan Bagan Datuk sebagai hab pembangunan teknologi tinggi.

Menurutnya, projek yang dijangka bermula Oktober 2026 itu berpotensi menjadi pusat simpanan data utama pelbagai agensi kerajaan.

“Ianya akan menjadi infrastruktur strategik milik kerajaan susulan peningkatan teknologi digital yang mendadak seperti big data analytics, block chain technology, artificial intelligence (AI), Internet of Things (IoT) dan cybersecurity.

“Pusat data ini akan membolehkan penyimpanan data terkumpul di satu lokasi strategik.

“Langkah ini secara tidak langsung dapat menghasilkan kecekapan kos, keselamatan data yang lebih terjamin dan pengoptimuman penggunaan sumber kerajaan secara menyeluruh,”katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara MARA Incorporated Sdn Bhd, Felcra Berhad dan Privasiabytes Sdn Bhd, di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut yakin pembangunan pusat data tersebut bakal memberikan impak besar kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Perak serta Malaysia secara keseluruhannya.

“Saya yakin, usaha kita untuk mengadaptasi tenaga boleh baharu dan teknologi pintar bakal memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi dan sosial negeri dan negara.

“Dengan kerjasama utuh semua pihak, projek ini akan mencapai kejayaan dan membawa perubahan besar kepada Bagan Datuk,” tambah beliau.

Sementara itu, Saarani berkata, pembangunan pusat data ini akan menjadi titik perubahan penting dalam memperkasakan ekonomi digital dan pembangunan luar bandar di Perak.

“Dengan komitmen padu kerajaan, sektor swasta dan masyarakat, Bagan Datuk akan muncul sebagai pemangkin utama ekonomi digital negeri,” ujarnya.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar