Pindaan Akta 589 ditangguh, elak MCMC jadi alat pemuas politik – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) 1998 berkaitan Akta 589 ditangguhkan hari ini.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, beliau mencadangkan untuk menangguhkan bacaan kali kedua RUU itu bagi mendapatkan pandangan serta cadangan lanjut daripada beberapa pihak.

“Ini termasuk jawatankuasa pilihan khas infrasuktur pengangkutan dan komunikasi serta jawatankuasa pilihan khas hak asasi manusia pilihan raya dan reformasi institusi.

“Kamu (ahli Parlimen) telah minta dan saya laksanakan,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, penangguhan itu juga adalah untuk mengelakkan pihak lain menggunakan MCMC sebagai alat pemuas politik dengan hanya menyebelahi suatu pihak sahaja.

“Suruhanjaya ini milik rakyat maka saya harap lebih ramai yang akan berikan pandangan melalui jawatankuasa pilihan khas dan bawa satu RUU yang kita harap dapat dipersetujui dan disokong oleh ahli Parlimen,” ujarnya.

Pindaan RUU itu yang bertujuan menambah baik peranan serta memperkukuhkan tadbir urus dan pengoperasian MCMC dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 2 Disember lalu.

Pindaan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 1998 (Akta 589) dapat menambah baik peranan serta memperkukuh tadbir urus dan pengoperasian MCMC agar lebih berdaya tahan dan mampan untuk mengawal selia industri komunikasi dan multimedia.

Fahmi sebelum ini memberitahu, pindaan akta itu juga akan menyumbang kepada pembangunan industri yang lebih tertumpu, kompeten dan efisien menerusi pemantapan aktiviti pengawalseliaan MCMC.

Ujarnya, ini selari dengan perkembangan dan kehendak semasa industri di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Fahmi berkata dalam aspek tadbir urus, antara pindaan utama rang undang-undang itu adalah pemisahan peranan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif kerana peruntukan undang-undang sedia ada memperlihatkan kedua-dua peranan dipegang oleh orang yang sama.

“Dalam perihal ini, bagi mewujudkan mekanisme yang dapat menambah baik tadbir urus serta kecekapan pentadbiran dan operasi, kedua-dua peranan adalah dipisahkan.

“Pendekatan ini juga selari dengan peruntukan undang-undang bagi kebanyakan badan berkanun lain yang memperlihatkan dua orang yang berbeza memegang peranan-peranan ini,” katanya.

Subfasal 3(a) mencadangkan pindaan Seksyen 6 mengenai komposisi keanggotaan MCMC memperuntukkan tiga anggota mewakili Kerajaan Persekutuan dengan seorang daripadanya adalah Ketua Setiausaha bagi kementerian yang dipertanggungjawabkan bagi komunikasi dan multimedia.

Subfasal 3(b) mencadangkan bilangan maksimum keanggotaan dinaikkan daripada lima kepada tujuh manakala subfasal 3(c) menyarankan anggota lain yang dilantik hendaklah memiliki pengalaman dan pengetahuan dalam bidang antaranya komunikasi dan multimedia, kewangan, kejuruteraan, perdagangan, perundangan, ekonomi serta pentadbiran awam dan Subfasal 3(d) melarang anggota dilantik daripada pekerja MCMC.

Fasal 4 bertujuan memasukkan Seksyen baharu 14(a) untuk mengadakan peruntukan bagi pemberhentian pelantikan Pengerusi iaitu jika tidak hadir bertugas, atau tidak ada di Malaysia, atau tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya selama enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran Menteri.

Fasal 5 pula bertujuan meminda Seksyen 16 untuk memperluas fungsi MCMC antaranya membangun dan mengawal selia piawaian atas infrastruktur, keselamatan, perlindungan keselamatan, mengaudit maklumat pemegang lesen serta aktiviti pemegang lesen.

Related Posts

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab membela diri atas pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

KUCHING – Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) membuat satu laporan polis berhubung penularan klip video di platform TikTok yang memaparkan tindakan biadab seorang individu memijak bendera Sarawak baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

  • By Ithma
  • August 20, 2026
Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi

  • By Ezmie
  • August 20, 2026
Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi