Majlis Perbandaran Manjung, PBT pertama di Perak carum Perkeso untuk penjaja

MANJUNG – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Perak yang bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS).

Yang Dipertua MPM, Muhammad Faizal Shah Safuan Suri berkata, pihaknya telah meluluskan caruman berjumlah RM46,600 kepada penjaja berlesen aktif di bawah seliaan MPM.

Ujarnya, insentif istimewa tersebut ditawarkan kepada 2,000 penjaja pertama yang memperbaharui lesen mereka sebelum 31 Disember 2024.

“MPM merupakan PBT pertama di Perak yang bekerjasama dengan Perkeso untuk SKSPS bagi penjaja yang berlesen aktif di bawah seliaan kita.

“Kita menjaga kebajikan mereka dan buat permulaan, kita akan menawarkan insentif istimewa ini kepada 2,000 penjaja pertama yang memperbaharui lesen mereka sebelum 31 Disember ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Sessi Libat Urus bersama Perkeso dan Penjaja di MPM, di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Perkeso Negeri Perak, Mohanadas Veraya dan Pengurus Pejabat Perkeso Seri Manjung, Mohd Shaperi Md Salleh.

Menjelas lanjut, Muhammad Faizal berkata, terdapat 2,664 penjaja yang aktif di bawah seliaan MPM bagi tahun 2024.

Manakala sebanyak 121 pelesen penjaja telah mula memperbaharui lesen untuk tahun 2025.

“Jumlah 121 pelesen ini merupakan kumpulan pertama yang layak didaftarkan secara automatik ke dalam skim caruman Perkeso melalui inisiatif ini.

“Diharap SKSPS ini akan dapat membantu melindungi para penjaja dari sudut kesihatan dan kewangan apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku nanti,” ujar beliau.

MPM juga memutuskan penambahan syarat wajib caruman perlindungan SKSPS kepada sektor penjaja berkuat kuasa Disember ini.

Tambahan dokumen yang diperlukan semasa memperbaharui lesen ialah salinan caruman SKSPS Perkeso.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut