Gelombang kedua banjir landa Terengganu

PUTRAJAYA – Terengganu dilanda banjir gelombang kedua apabila 559 mangsa daripada 184 keluarga ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kemaman.

Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan setakat jam 7.30 pagi, 1,131 mangsa banjir daripada 345 keluarga ditempatkan di 28 PPS di enam negeri termasuk Terengganu.

Di Negeri Sembilan, seramai 238 mangsa banjir daripada 65 keluarga ditempatkan di tiga PPS di daerah Tampin, manakala di Johor pula 166 mangsa daripada 43 keluarga di empat PPS di daerah Segamat dan Tangkak.

Keadaan banjir di Perak pula membabitkan 112 mangsa daripada 36 keluarga di tiga PPS di daerah Kinta dan Perak Tengah sementara di Pahang 45 keluarga daripada 13 keluarga di empat PPS di daerah Maran.

Keadaan banjir di Melaka tidak berubah apabila 45 orang daripada 13 keluarga di empat PPS di daerah Jasin.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula