Budaya fitnah, adu domba punca belia tolak terlibat politik Sabah

KOTA KINABALU – Landskap politik Sabah yang dicemari budaya fitnah dan adu domba antara punca utama penolakan berpanjangan golongan belia untuk terlibat dalam politik.

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan berkata, situasi berkenaan turut merencat pembangunan literasi politik pengundi muda di Sabah.

“Dalam konteks plot skandal rasuah lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, MBS melihatnya sebagai suatu gerakan politik yang tidak sihat untuk belia di negeri ini.

“MBS menggesa agar ‘whistleblower’ terbabit tampil secara bermaruah dan melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi laluan kepada proses undang-undang seperti saranan Ketua Menteri Sabah.

“Tindakan melapor perkara itu kepada media yang membelakangi etika kewartawanan akan menimbulkan kegusaran awam dan menggangu kesejahteraan rakyat khususnya belia Sabah yang banyak bergantung kepada kestabilan politik untuk membangun,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, katanya, MBS ingin menzahirkan sokongannya terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan berharap agenda pembangunan negeri termasuk Belanjawan Sabah 2025 dapat dilaksanakan dengan lancar demi kesejahteraan penduduk.

“MBS turut menyeru para pemimpin dan belia Sabah agar bermuhasabah dan merenung kembali sejarah negeri ini yang tidak pernah sunyi daripada campur tangan pihak luar sehingga merugikan penduduk tanah yang kaya sumber alam ini,” tambah beliau.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak membawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya, sebaliknya memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan