Pindaan Seksyen 233, Akta 588 ‘game changer’ Kerajaan Madani banteras pedofilia, pornografi dalam talian

KUALA LUMPUR – Pindaan Seksyen 233 Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024) merupakan ‘game changer’ kerajaan bagi memastikan kesalahan pedofilia dan jualan bahan berunsur pornografi dalam talian sebagai kesalahan yang boleh ditangkap oleh pihak berkuasa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ini bukanlah satu pindaan yang remeh seperti yang didakwa sesetengah pihak namun untuk memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mahkamah dapat mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menjual bahan lucah serta terlibat menyimpan bahan seksual terhadap kanak-kanak.

“Mereka (penjual bahan lucah dan pedofilia) perosak umat. Justeru, kita buat pindaan agar dua kumpulan itu, pihak polis boleh melakukan tangkapan. Bagi beberapa perkara lain, kita jadikan perkataan sebagai contoh, bukan lagi jelik namun jelik melampau dalam memastikan hak kebebasan bersuara rakyat bersuara terjamin dan terbela.

“Kebebasan bersuara juga akan jadi lebih terperinci, susulan berserta dengan huraian. Sebelum ini huraian itu tiada dan selepas ini, pihak pendakwaan, pembelaan serta kehakiman akan dapat menafsirkan dengan lebih terperinci. Bagi saya ini lebih baik,” katanya kepada media ketika ditemui selepas Program Jelajah Peduli Ummah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menegaskan, pindaan itu dilakukan secara terperinci sehingga Kementerian Komunikasi mengambil masa dua tahun mengkaji secara terperinci bagi memastikan RUU tersebut dapat dilaksana secara holistik dan sumatif.

“Walaupun ada tanggapan dari beberapa pihak namun setalah dikaji dua tahun prosesnya, kita membuat keputusan bahawa kita akan menjadikan beberapa kesalahan lebih berat hukumannya.

“Pada masa sama, tindakan lebih tegas boleh diambil selepas ini bagi memastikan aspek kebebasan bersuara akan lebih terperinci dan tidak akan disalah guna oleh mana-mana pihak di masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah dibawa ke Parlimen minggu lalu untuk bacaan kali pertama, sejak dikuatkuasakan 26 tahun lalu.

Fahmi sebelum ini berkata, cadangan pindaan itu akan memperluas skop penggunaan Seksyen 233 bagi menangani penyalahgunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

Katanya, pindaan itu turut memberi tumpuan kepada aspek media sosial, pembangunan industri dan keselamatan rangkaian.

Justeru, katanya, penyedia platform media sosial juga akan diberi taklimat khusus untuk memastikan mereka memahami matlamat kerajaan serta cakna terhadap perubahan yang dicadangkan.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini