Sarawak Trade Fair 2024 himpunkan pemain industri tempatan, luar negara

KUCHING – Sarawak Trade Fair 2024 bakal diadakan pada 6 Disember hingga 8 Disember ini di Kompleks Sukan dan Komuniti Ang Cheng Ho, Batu Kawa, Kuching.

Menurut Naib Presiden Persekutuan Persatuan Perniagaan Sarawak (SMA), Peter Chai Mui Seng Sarawak, acara tersebut bakal menghimpunkan pemain industri dari seluruh Malaysia dan luar negara seperti Singapura.

“Sarawak Trade Fair juga turut mendapat sokongan daripada pihak Majlis Perbandaran Padawan (MPP) terutama Pengerusi Tan Kai yang mampu merancakkan aktiviti sosioekonomi di Padawan,” jelas beliau.

Tambah beliau, Sarawak Trade Fair yang bermula 6 Disember hingga 9 Disember ini pada 9 pagi hingga 9 malam turut menarik 70 peserta daripada pelbagai jenis sektor.

“Saya berterima kasih kepada pihak MPP kerana memberi peluang kepada kami dan semestinya aktiviti ini dapat mempromosi kawasan Padawan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita di Majlis Perbandaran Padawan pada Isnin.

Sarawak Trade Fair merupakan acara yang dianjurkan oleh SMA yang turut mendapat sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri,Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Mintred).

Pelbagai aktiviti menarik yang bakal menarik pengunjung seperti permainan ‘Wheel of Fortune’.

Difahamkan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap Menteri Mintred dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian merangkap Menteri Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak turut hadir dalam acara Sarawak Trade Fair 2024.

Related Posts

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

SHAH ALAM – Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) berjaya melaksanakan Program Pra Saringan Murid Prasekolah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melibatkan kesemua 13 prasekolah di bawah pentadbiran JAIS di seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis