Penjawat awam negeri Perak terima bonus dua bulan gaji

IPOH – Penjawat awam negeri Perak diberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji oleh kerajaan negeri dalam Belanjawan Negeri Perak 2025.

BBK tersebut turut dinikmati semua guru lantikan Negeri, Orang Besar Jajahan, Ketua-Ketua Kampung serta kakitangan di bawah kontrak Program Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP).

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, inisiatif tersebut sebagai tanda kerajaan negeri menghargai dedikasi penjawat awam negeri yang penuh komited dalam memikul tugas yang diamanahkan.

“Sebagai penghargaan di atas segala curahan bakti yang diberikan oleh seluruh kakitangan negeri, maka saya yang dikatakan biadab ini dengan ini mengumumkan BKK dua bulan gaji.

“BKK ini berdasarkan kepada gaji akhir November ini, dan akan dibayar sepenuhnya pada minggu terakhir Disember depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2025 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Jelas beliau, belanjawan yang dibentangkan itu bukan sahaja menjadi cerminan kepada kerjasama utuh antara negeri dan persekutuan, tetapi bukti semangat Perpaduan seluruh jentera pentadbiran disemua peringkat.

Tambahnya, seluruh jentera pentadbiran telah berpadu dengan kesungguhan, keikhlasan dan semangat jurang yang tidak mengenal lelah dalam menjadikan Perak kembali berdiri megah di landasan kemajuan.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, terdapat segelintir pihak yang suka menghina dan memandang rendah kepada kejayaan yang diperolehi kerajaan negeri.

“Mereka melihat kejayaan yang kita capai dengan perasaan penuh kebencian dan bukan sebagai suatu kebaikan,” ujarnya.

Malah tambah Saarani, ada yang menghina kerajaan dengan gelaran ‘kerajaan tidak boleh diharap’ seolah-olah kerajaan yang dipimpin beliau tidak pernah melakukan kebaikan kepada rakyat.

“Saya pula dilabel ‘MB biadab’ seperti saya sedang melakukan penindasan dan penganiayaan ke atas rakyat. Namun, saya tidak berniat menjadikan dewan ini untuk membalas kejian dan cacian.

“Dalam perjalanan hidup, maruah seorang pemimpin tidak terletak pada kekuatan membalas cacian, tetapi kepada keupayaan untuk tetap berdiri teguh memikul amanah dengan keinsafan dan keikhlasan,” tegas Saarani.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK