Kuantan 188 perkenal pakej ‘Dhuha di Menara Tinjau’

KUANTAN – Pihak pengurusan menara Kuantan 188 memperkenalkan pakej baharu dalam usaha merancakkan sektor pelancongan Islamik di bandar raya ini.

Menerusi kerjasama dengan Masjid Tepian Putra, pakej ‘Dhuha di Menara Tinjau’ itu akan mula ditawarkan kepada pengunjung bermula tahun hadapan.

Pengurus Besar Kuantan 188, Khalisa Azman berkata, pengisian disediakan melalui pakej berkenaan adalah solat sunat Dhuha, sesi bual bicara keagamaan, kudapan pagi dan peserta berpeluang melihat panorama bandar raya Kuantan selepas program selesai.

“Kolaborasi ini adalah antara usaha kami mempromosikan sektor pelancongan Islamik di Pahang.

“Sudah tentu kita harap pakej ini mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang terus setia menyokong kami,” katanya.

Terdahulu, Khalisa bersama kira-kira 100 peserta mengambil bahagian dalam pra pelancaran pakej berkenaan, hari ini.

Sesi bual bicara keagamaan dikendalikan uztaz Nafis Azami Al-Hafiz dan turut dihadiri Ketua Kadi Daerah Kuantan, Syarifuddin Mohamad Saad.

Ditanya mengenai harga tawaran bagi pakej berkenaan, Khalisa memaklumkan pihaknya akan memaklumkan dalam masa terdekat.

“Mungkin kita tawarkan pakej ini pada harga bermula RM30 dan berharap ia menerima sambutan baik daripada penduduk sekitar bandar raya Kuantan.

“Kita juga akan meneruskan tawaran untuk pakej ini sepanjang bulan Ramadan tahun depan,” jelasnya.

Related Posts

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

SIBU – Adat Iban perlu terus dipelihara, dikaji dan disesuaikan dengan perkembangan semasa tanpa menghilangkan nilai serta prinsip asalnya bagi memastikan warisan berkenaan kekal sebagai sebahagian daripada identiti masyarakat tersebut.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

KUCHING – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) Negeri Sarawak terus mempergiat usaha membanteras pengedaran bahan penerbitan yang melanggar undang-undang, termasuk memastikan teks al-Quran yang berada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak Melayu dan Islam tidak wajar dijadikan alasan menuduh kaum lain

Hak Melayu dan Islam tidak wajar dijadikan alasan menuduh kaum lain

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Jambatan Batang Paloh bakal dibuka 30 Oktober, lengkapkan jajaran Pesisir Sarawak

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

Adat Iban perlu terus diperkasa, kekal relevan seiring peredaran zaman

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

KDN Sarawak perhebat penguatkuasaan bahan penerbitan, pastikan teks al-Quran diperaku sah

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan

Belanjawan 2027: AMK Sabah mahu pembangunan anak muda jadi keutamaan